KOTA BHARU – Gerak kerja dakwah lebih berkesan dilaksanakan sekiranya ianya dilakukan secara bersama, dengan melibatkan pelbagai pihak bagi memaksimumkan impak dan keberkesanannya.
Bagi mencapai tujuan tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini pada 9 September.
Ia turut dihadiri oleh ilmuan ilmuan Islam negeri berkenaan, seperti dari Yayasan Tok Kenali dan Institut Pemikiran Tok Guru.
Antara yang disentuh termasuklah pengisian untuk Bulan Dakwah yang akan berlangsung pada bulan Rabiul Awal nanti di seluruh negara.
Antara tokoh yang hadir termasuklah Al Fadhil Dato’ Hassan Mahmud, Dato’ Dr Johari Mat, Ustaz Zulqarnain Hassan dan lain-lain lagi.
KOMEN