BANGI, 9 Nov. – Malaysia mencadangkan supaya United Kingdom melantik seorang mufti di peringkat nasional bagi membolehkan pengikut pelbagai mazhab mencari persamaan.
Perkara itu disarankan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikutan minat negara itu mendalami konsep wasatiyyah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia.
Katanya, isu itu adalah antara yang dibincangkan olehnya dalam pertemuan bersama Setiausaha Hal-Ehwal Dalam Negara UK, Amber Rudd, semalam.
“Saya cadangkan perbezaan mazhab antara umat Islam di UK diperhalusi dan dicari persamaan demi manfaat bersama. Keadaan akan menjadi lebih mudah jika kita mencari persamaan dan bukannya memberi tumpuan terhadap perbezaan.
“Dalam konteks ini, mungkin pelantikan mufti di peringkat nasional boleh dilakukan supaya program kesederhanaan dapat dijalankan, selain menjadi platform pengikut mazhab berbeza mencari persamaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
GISBH: JAIS buka 141 kertas siasatan, serah pendakwaan kepada pendakwa raya syarie
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan membuka 141 kertas siasatan berkait kes GISB Holdings (GISBH) di negeri ini. Pengarahnya, Datuk
KOMEN