LAWAS – Penyampaian bantuan Covid-19 2.0 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sekitar bandar Lawas pada 9 April.
Kali ini sebanyak 20 pek makanan diagihkan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan kumpulan yang terjejas pendapatan akibat Covid-19. Mereka yang disntuni termasuklah golongan bukan Muslim di bandar ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ustazah Nurul Nazihah Othman, Pembantu Daie YADIM Lawas dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Cawangan Lawas.
Antara lokasi penyerahan ialah di Kampung Banting sebanyak tujuh penerima, Projek Perumahan Rakyat(3), Perumahan RKB (3), Bandar Lawas (4), Kampung Sebangan (1), Kampung Temangis (2). Secara Keseluruhannya sebanyak 20 pek makanan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Untuk Daerah Lawas, YADIM Sarawak mensasarkan sebanyak 50 penerima bagi bantuan makanan Covid19 2.0 ini.
KOMEN