PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima pengiktirafan bagi Laporan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 tanpa teguran daripada Juruaudit luar, Zurin & Co.
Pada pendapat juruaudit bertauliah tersebut, YADIM telah menyediakan Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 dengan wajarnya menurut Piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS) dan keperluan Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 di Malaysia.
Kejayaan ini menunjukkan badan dakwah ini komited melaksanakan gerak kerjanya menurut piawaian dan kaedah yang betul.
Pada masa yang sama membuktikan aspirasi YADIM untuk menjadi contoh pentadbiran Islam yang sebenar kepada organisasi lain khususnya dan masyarakat umumnya.
KOMEN