PUTRAJAYA – Satu majlis ringkas telah diadakan di ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Â di sini pada 11 Disember bagi meraikan para pemenang Pertandingan Perarakan Kontinjen Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H baru baru ini.
Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada majlis ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Ummah dan Wanitanya, Ustaz Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Institut Latihan Dakwah Yadim, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Shahrizal Mat.
Dalam perarakan yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 November lalu, kontinjen YADIM muncul Naib Johan kategori Agensi Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan membawa pulang hadiah RM4,000.
Seramai 40 pegawai dan kakitangan YADIM menyertai perarakan tersebut.
Hadiah dalam majlis pada 11 Disember disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
KOMEN