Home » Citra Yadim » Penyampaian bakul makanan pasar Pekan Nabalu

Penyampaian bakul makanan pasar Pekan Nabalu

KOTA BELUD – Bertempat di pasar Pekan Nabalu di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah mengedarkan sebanyak 96 bakul makanan kepada para peniaga yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 11 Ogos.

Pelaksanaan PKP menyebabkan jualan mereka terjejas teruk ekoran kurang pelanggan ke pasar tersebut.

Malah ada peniaga memberitahu, jualan ketika ini kurang daripada RM10 sehari atau tiada langsung.

Dalam pada itu pada hari yang sama, sebanyak 11 lagi bakul makanan diagihkan YADIM Sabah di Kundasang.

Ia disampaikan kepada Wakil Volunteers for Community Engagement and Empowerment for Covid19 (VCEE19), Junaydie Sihan.

Semoga sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *