LABUAN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) kini melebarkan sayapnya ke pulau ini.
Bertempat di Desa Tunas Hijau, Sungai Miri di sini pada 30 April lalu, penubuhannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Watikah penubuhan pasukan SAY Labuan diterima oleh Ketua Koodinatornya, Mohd Shafiq Zainol.
Hadiri sama ke majlis ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.
Sebagai permulaan, SAY Labuan menerima sumbangan sebanyak RM500 bagi membantu perancangan dan pembangunan pasukan.
KOMEN