Home » Langit Terbuka » Penubuhan Jakim tepati Perlembagaan Persekutuan

Penubuhan Jakim tepati Perlembagaan Persekutuan

Tan Sri Othman Mustapha

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penubuhan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) adalah penuh berperlembagaan kerana menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, penubuhan Jakim sekali gus menunjukkan manifestasi bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana institusi berkaitan Islam.

Katanya, peruntukan mengenai Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan semestinya memberi manfaat kepada umat Islam dan kelebihan kepada agama islam sebagai agama Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama negara dan para sultan menjadi ketua agama di negeri-negeri.

“Jakim telah menyelusuri sejarah yang panjang. Penubuhannya sejak dari peringkat awal adalah menepati semangat Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan.

“Bersesuaian dengan kedudukan ini, ia mesti dijaga dan dipertahankan seperti yang termaktub dalam sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *