IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan kerajaan Pusat sebanyak RM1 juta kepada pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Chemor di sini yang terletak dalam kawasan Parlimennya.
Beliau berkata, diharapkan sumbangan itu dapat membantu pusat pengajian tersebut agar terus berkembang dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Anwar juga menekankan bahawa dalam mencari pengetahuan, ia bukan sekadar menimba ilmu malah turut bertujuan memperbaiki adab dan akhlak.
“Zaman jahiliah itu bukan zaman tiada ilmu. Tetapi ilmu yang ada tidak dapat mendidik, ilmu yang tidak kenal Allah SWT, ilmu yang tidak memperbaiki akhlak dan tidak mengangkat adab,” katanya semasa berucap dalam program kenduri rakyat dan ziarah mahabbah ke Pusat Pengajian At-Taiyyibin di sini hari ini.
Jelasnya, perkara itu adalah asas kepada Madani yang diperkenalkan oleh pentadbirannya sejak menjadi Perdana Menteri.- KOSMO! ONLINE
KOMEN