Home » Langit Terbuka » Penting sikap sederhana dalam agama, elak perpecahan umat

Penting sikap sederhana dalam agama, elak perpecahan umat

Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin ketika sidang pleno sewaktu Majlis Anugerah Pendakwah Negara pada 5 Disember. - Foto YADIM

KUALA LUMPUR – Perbezaan pendapat terutamanya dalam konteks agama boleh membawa kepada perpecahan umat Islam sekiranya jika tidak diuruskan dengan baik.

 

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin menekankan pentingnya prinsip kesederhaan dalam setiap aspek kehidupan.

 

“Kesederhanaan merupakan asas untuk memastikan kita bersikap adil, ia adalah satu jalan tengah yang dapat memberi hak sama rata kepada semua pihak tanpa ekstremisme.

 

“Dengan itu, kita dapat menjadi umat Islam yang seimbang antara duniawi dan akhirat, moden dan tradisional,” katanya dalam Sidang Pleno: Bicara Madani dalam Majlis Anugerah Pendakwah Negara (APN) 2024 di Putrajaya hari ini.

 

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI), Datuk Dr Nooh Gadot pula menambah, tujuan dakwah disampaikan adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan agama Islam.

 

“Oleh itu, para ulama janganlah tergopoh-gopoh dalam berdakwah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat.

 

“Jika ada kekeliruan, kembali kepada sumber benar iaitu al-Quran, sunnah, ijma dan ulama. Penting untuk kita urusukan perbezaan pendapat dengan disiplin dan bijaksana,” ujarnya.

 

 

APN 2024 diadakan bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para pendakwah dalam melestarikan gerakan dakwah di negara ini.

 

Ia juga merupakan penganjuran kali kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun 2015.

 

Majlis yang sama turut menghargai seramai 13 orang pendakwah daripada pelbagai latar belakang, agensi kerajaan dan rakan badan bukan kerajaan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Salah guna logo halal kesalahan serius – Na’im

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk ‘Ham and Cheese sandwich’ yang disyaki menyalah guna logo halal bakal berdepan tindakan penguatkuasaan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *