Home » Citra Yadim » Pentas Akhir DMY terima tajaan Amar Amran

Pentas Akhir DMY terima tajaan Amar Amran

PUTRAJAYA – Pentas Akhir Daie Muda YADIM (DMY) yang berlangsung Sabtu ini menerima suntikan tajaan daripada butik pakaian terkenal, Amar Amran.
Amar Amran menaja lima pasang kurta untuk dipakai oleh finalis lelaki dalam pentas akhir tersebut.
Beliau hadir sendiri menyampaikan pakaian tersebut kepada Penolong Pengarah Bahagian Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zamzarizal Mad Ariffin hari ini (1 Oktober).
Menurutnya, beliau tertarik dengan program program dakwah anjuran YADIM, lantas bersetuju menaja pakaian tersebut.
Zamzarizal pula berkata, sekiranya bersesuaian pada masa akan datang, mungkin akan ada tajaan untuk program lain daripada jenama tersebut.
Amar Amran merupakan jenama pakaian kontemporari moden Islamik yang cukup terkenal bukan sahaja di negara ini, malah turut bertapak di Turki, England, Singapura dan Indonesia.
Bermula sebagai sebuah kedai jahit kecil pada 1975 di Kota Bharu, ia kini memiliki barisan pelanggan setia daripada kalangan kenamaan dan selebriti.
Pentas Akhir DMY Sabtu ini, akan bersiaran secara langsung di TV AlHijrah jam 9 malam.

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *