KUALA LUMPUR 22 Feb. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kelemahan dalam sistem pengurusan wakaf di negara ini yang masih berada pada tahap kurang memuaskan menjadi punca mengapa institusi tersebut tidak dapat berkembang menjadi sumber ekonomi umat Islam.
Sehubungan itu, baginda bertitah, tadbir urus yang baik dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam pengurusan institusi wakaf merupakan antara kunci utama untuk membangunkan serta meyakinkan masyarakat mengenai kepentingan institusi tersebut.
“Wakaf tidak digunakan sebagai instrumen yang sesuai untuk membangunkan ekonomi kerana kurangnya pemahaman tentang struktur operasinya dan cara-cara yang boleh digunakan untuk menyalurkan manfaatnya.
“Saya percaya bahawa tadbir urus yang baik dan profesionalisme yang tinggi adalah kunci untuk memberi memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap institusi wakaf dan seterusnya menyumbang kepada kecekapan sistem ini,” titah baginda dalam Forum Pendidikan Tinggi (HEF) 2018 Ekonomi Islam @4IR : Kebangkitan Wakaf di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.-UTUSAN ONLINE
KOMEN