Home » Langit Terbuka » Pengkritik ragu-ragu perkembangan di Rakhine

Pengkritik ragu-ragu perkembangan di Rakhine

Kawasan sempadan Myanmar-Bangladesh yang didiami oleh penduduk Rohingya.

SINGAPURA: Satu panel penasihat pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berhubung krisis Muslim Rohingya di Rakhine berkata semalam, ia berpuas hati dengan beberapa perkembangan yang dicapai.

Namun sebaliknya, kumpulan hak asasi, Amnesty International memberi amaran kepada anggota panel supaya berhati-hati, bimbang digunakan bagi melindungi dakwaan pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti terbabit.

Lembaga penasihat antarabangsa dilantik Suu Kyi terbabit dalam kontroversi selepas diplomat veteran Amerika Syarikat (AS) Bill Richardson secara dramatik menarik diri daripada panel itu Januari lalu, mengatakan beliau enggan membantu ‘menghalalkan’ krisis itu.

Dalam satu mesyuarat kedua di republik ini semalam, kumpulan itu menawarkan beberapa cadangan kepada kerajaan Myanmar sambil memuji beberapa ‘perkembangan positif’.

Perkembangan terbaharu termasuk perjanjian antara kerajaan Myanmar dan dua badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Program Pembangunan PBB dan Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR) yang setakat ini dikecualikan daripada proses kepulangan Rohingya yang terhenti.

Kenyataan hanya berkata, perjanjian itu mungkin ditandatangani ‘dalam masa terdekat.’

Dalam satu senarai cadangan, panel itu menggesa Myanmar mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyiasat penderaan hak asasi di Rakhine, membangunkan strategi antikeganasan dan memperbaiki kemudahan kesihatan.

Namun kumpulan hak asasi memberi amaran, lembaga itu berada dalam bahaya kerana berkhidmat melindungi sebuah kerajaan yang enggan bekerjasama dengan penyiasat PBB atau mengutuk tentera yang dituduh melancarkan kempen pembersihan etnik.

“Anggota Lembaga Penasihat Rakhine seharusnya tidak membenarkan diri mereka digunakan sebagai perisai bagi melindungi jenayah tentera di Myanmar,” kata Pengarah Amnesty International Asia Tenggara, James Gomez. –AFP

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *