PUTRAJAYA 30 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meneruskan kolaborasi dengan mengadakan program Dakwah Merentasi Samudera pada 16 hingga 18 November lalu di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Selama tiga hari program itu berlangsung pelbagai aktiviti dan slot diadakan yang merangkumi pelbagai topik seperti pengurusan kewangan mengikut Islam, motivasi remaja, pembinaan institusi keluarga dan pemantapan akidah.
Pada hari pertama program iaitu pada 16 November telah diadakan program Bijak Wang iaitu sebuah program bagi mendedahkan anggota tentera dan ahli keluarga mereka mengenai kaedah pengurusan kewangan yang betul dan mengikut landasan agama.
Pada sebelah malam telah berlangsung majlis pelancaran program Dakwah Merentasi Samudera dan disusuli dengan Ceramah Perdana yang membawa tajuk `Amanah,Nilai dan Budi, Ukuran Kualiti dan Personaliti.
Program Dakwah Merentasi Samudera bersambung pada 17 November dengan pelbagai aktiviti lagi diadakan, bermula program qiyamulail sewal pukul 4.30 pagi dan disusuli dengan Kem Remaja dan Bicara Sakinah yang membawa tajuk `Kemahiran Komunikasi Keluarga’.
Bicara Sakinah adalah program YADIM yang dirangka khas bagi menyentuh isu-isu keluarga termasuk dari aspek perundangan, kewangan keluarga, komunikasi keluarga, masalah remaja dan sebagainya.
Pada sebelah petang, urus setia YADIM berangkat menaiki kapal KD Selangor untuk bermalam di kapal berkenaan serta mengadkaan Forum Bicara Santai bertajuk `Fitnah dan Salah Faham Terhadap Jihad’ yang diadakan sejurus selepas solat Maghrib.
Pada hari terakhir Dakwah Merentasi Samudera, qiyamulail diadakan sekali lagi bermula pukul 4.30 pagi dan seusai solat Subuh diadakan tazkirah ringkas.
Para urus setia kemudiannya menyertai latihan dan pertandingan menembak sebelum program Dakwah Merentasi Samudera ditutup dengan rasminya.
Program ini turut disertai oleh Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Mohd Zaidi Ramli.
BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS), termasuk Mufti Selangor Datuk Setia Dr Anhar
KOMEN