Home » Langit Terbuka » Pengguna iOS boleh semak status halal produk di ‘Verify Halal’

Pengguna iOS boleh semak status halal produk di ‘Verify Halal’

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Pengguna iOS bakal menikmati kemudahan menyemak status halal sesuatu produk menerusi aplikasi mudah alih ‘Verify Halal’

Aplikasi yang dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan satu projek dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, pelancaran itu memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk sekali gus menunjukkan komitmen Jakim dalam membangunkan industri halal di negara ini.

“Saya difahamkan aplikasi berkenaan sangat mudah digunakan dan pengguna hanya perlu semak dan imbas kod produk menggunakan telefon pintar.

“Malah, aplikasi berkenaan turut membekalkan maklumat produk halal makanan, kesihatan dan kosmetik daripada Badan Pengiktirafan Halal Antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Makanan dan Minuman Antarabangsa (MIFB) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Sphere Exhibits Malaysia, Chua Wee Phong, Penolong Pengarah Hab Halal Jakim, Mohd. Safzan Mohd. Mukhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Serunai Commerce, Amnah Shaari. – www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *