Home » Langit Terbuka » Penggemar papadum terdedah penyakit darah tinggi, strok dan serangan jantung

Penggemar papadum terdedah penyakit darah tinggi, strok dan serangan jantung

Ujian makmal Persatuan Pengguna Pulau Pinang terhadap 11 keping papadum mendapati setiap satunya mengandungi lebih 1,000 miligram garam dengan empat daripadanya mengandungi lebih 2,000 miligram garam

PULAU PINANG – Awas kepada penggemar papadum di restoran-restoran nasi kandar kerana pengambilan makanan itu secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Perkara itu didedahkan menerusi kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendapati papadum iaitu sejenis kerepek yang kerap dihidang di restoran nasi kandar mengandungi natrium atau garam berlebihan sehingga ke tahap memudaratkan kesihatan.

Menurut Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris, ujian makmal pihaknya terhadap 11 keping papadum mendapati setiap satunya mengandungi lebih 1,000 miligram (mg) garam dengan empat daripadanya mengandungi lebih 2,000 mg garam.

Katanya, pada kebiasaannya, orang ramai mengambil sehingga empat ke lima keping papadum dalam setiap hidangan iaitu melebihi paras 2,000 mg garam seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi pengambilan seharian.

“Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar selamat penggunaan garam dalam penghasilan papadum manakala Jabatan Kastam pula perlu memeriksa semua papadum yang diimport bagi menentukan paras garam di dalamnya supaya tidak memudaratkan orang ramai,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *