Home » Citra Yadim » Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis menyertai lawatan kerja YBM

Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis menyertai lawatan kerja YBM

PENGARAH YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Dr. Ahmad Mujahid Abdullah telah menyertai lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar ke negeri Perlis pada 1 September.
Antara yang dikunjungi beliau ialah pusat pendidikan Dar Al-Islah Islamic School di Mata Ayer.
Dalam lawatan ini, pihak sekolah telah menerima sumbangan lebih RM100,000 dari Pejabat Menteri yang akan digunakan untuk memperbaiki dan meningkatkan infrastruktur sekolah bagi keselesaan pelajar.
Seterusnya ialah Sesi Meet and Greet bersama Yang Berhormat Menteri dan wakil agensi hal ehwal agama Islam wilayah utara di Kuala Perlis.
Dalam sesi ini, beliau telah diberikan taklimat ringkas dan beramah mesra bersama wakil agensi agama termasuklah Tabung Haji, Jabatan Kehakiman Syariah, YADIM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas segala gerak kerja agensi agama di utara dan menerangkan inisiatif terkini pihaknya bagi terus memantapkan kedudukan Islam di tanahair.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *