Home » Citra Yadim » Pengajian kitab dalam perluasan dakwah

Pengajian kitab dalam perluasan dakwah

KUANTAN – Bukan mudah menggerakkan usaha dakwah yang murni, tambahan pula sebagai sebuah agensi dakwah yang membawa visi `Peneraju Dakwah Massa’ pastinya kepelbagaian pendekatan digunakan untuk mencapai visi tersebut.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengatur pelbagai program dengan pelbagai pendekatan yang meliputi dakwah kontemporari, dakwah bil hal, dakwah penulisan  dan pelbagai lagi serta program pengajian kitab seperti Siri Daurah Kitab melalui Unit Felo Muda Dakwah (FMD).

Pada 28 hingga 30 Julai,  YADIM mengadakan pengajian Kitab Safinatu An-Naja Fi Ilmi iaitu sebuah kitab fekah melalui Unit Dakwah Bil Hal,  Bahagian Pembangunan Ummah (BPU) dan disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Raniri.

Program diadakan bertempat di Politeknik Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur dan akan diajar daripada  kulit ke kulit.

Penyelaras program berkenaan,  Ustaz Hassanal Haris berkata,  program berkenaan adalah salah satu bentuk aktiviti program YADIM dalam usaha membentuk keperibadian murni terhadap orang muda.

“Kitab Safinatu An-Naja Fi Ilmi Al-Fiqh adalah karya Asy-Syeikh Salim Bin Sumair mempunyai kandungan  seperti bab aqidah, bersuci, solat, jenazah, zakat dan puasa atau bab fardhu ain.

Ustaz Hassanal berkata, seramai 35 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada kepimpinan Rakan Kelab Pusat Islam, Sahabat YADIM dan Majlis Kepimpinan Pelajar Politeknik.

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *