Home » Langit Terbuka » Pengajaran bermakna, saya minta maaf…

Pengajaran bermakna, saya minta maaf…

Neelofa memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab sepenuhnya di atas kontroversi yang berlaku.

“SAYA bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan.”

Demikian kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari jadinya yang ke-29 di sebuah pusat hiburan di sini, Isnin lalu, yang mencetuskan kontroversi.

Neelofa yang memuat naik status di Instagram, hari ini memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif berhubung pemilihan pusat hiburan itu sebagai lokasi acara berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku,” katanya.

Neelofa berkata, pihaknya akan memberi perhatian lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan.

“Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya,” katanya.

Neelofa turut mengaku dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu.

Terdahulu, syarikat pengeluar produk Naelofar Hijab, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi yang tercetus.

Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *