KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7, Kamariah Alang Mat Nasid, 92, meninggal dunia di sini pada 25 Jun.
Berita sedih itu dikongsi Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Shah Mohamad Salleh dalam posting di laman Facebook miliknya.
Ahmad Shah yang juga Exco Majlis Belia Malaysia, di dalam posting itu turut memberitahu, jenazah Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lalang, Padang Rengas.
Allahyarhamah adalah penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7 Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Allahyarhamah adalah ibu kepada 13 anak, 7 lelaki dan 6 perempuan, termasuk bekas Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Khairuddin Arshad. – Suara Perak
…Warga YADIM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah atas pemergiannya, dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman…
KOMEN