Home » Citra Yadim » Anak yatim teruja serta Penerbangan Prihatin YADIM-MASwings

Anak yatim teruja serta Penerbangan Prihatin YADIM-MASwings

KOTA KINABALU 17 Okt. – Seramai 40 anak yatim dari empat buah rumah kebajikan negeri ini teruja mengalami pengalaman pertama menaiki pesawat apabila mereka menyertai program  Penerbangan Prihatin YADIM-Maswings pada 15 dan 16 Oktober lalu.

Program yang sudah masuk tahun kelima penganjurannya adalah hasil kerjasama erat terjalin di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan MASwings.

Program ini antara lain bertujuan memberikan pengalaman kepada anak-anak yatim menaiki kapal terbang serta melawat sambil belajar di beberapa lokasi yang dipilih.

Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki berkata, untuk pertama kalinya program ini melibatkan destinasi luar Sabah iaitu Miri, Sarawak dan di destinasi berkenaan para peserta berkenaan telah dibawa melawat ke lokasi seperti Muzium Minyak, stesen Radio Televisyen Malaysia serta beberapa lokasi yang lain.

“ Di bawah program ini, MASwings telah bermurah hati untuk menaja tiket penerbangan pergi balik unttk 40 anak-anak yatim dari empat buah kebajikan di Sabah, manakala, Yadim mengurus atur cara lawatan sepanjang dua hari satu malam termasuk penginapan, pengangkutan sepanjang lawatan dan makan minum peserta,’’ katanya.

Menurutnya, program ini bertujuan memberi motivasi kpd anak-anak yatim yang tidak pernah menaiki kapal terbang dan melalui penyertaan mereka dalam program ini diharap dapat menyuntik motivasi agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam kehidupan.

“Sejak lima tahun lalu seramai 200 anak yatim telah menyertai  program ini. Yadim berharap usaha ini mampu memberikan semangat kepada anak-anak kurang bernasib baik ini serta membuka minda mereka kepada perkara-perkara baru,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam lawatan ke Miri itu, para peserta akan di bawa mengunjungi tempat-tempat menarik dibandar berkenaan termasuk  Muzium Petroleum Miri, RTM Miri, Masjid Daerah Miri dan diberi taklimat mengenai sejarah dan pembangunan Miri.

Menurutnya, rumah-rumah kebajikan yang menyertai program tahun ini adalah Rumah Anak Yatim Home, Tuaran, Yayasan Kebajikan Suria, Tuaran, Rumah Anak Yatim as-Sakinah, Papar dan Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *