RIYADH – Penduduk negara haram Israel dilarang melawat Arab Saudi, kata Menteri Luarnya, Putera Faisal Farhan, pada 27 Januari.
Perkara itu diumumkan sehari selepas Tel Aviv membuat keputusan membenarkan rakyatnya melakukan perjalanan ke Arab Saudi dalam keadaan tertentu.
Pada Ahad, pihak berkuasa Israel dalam satu kenyataan berkata, Menteri Dalam Negeri Arye Dery telah menandatangani arahan membenarkan penduduk haram melawat Arab Saudi sama ada untuk kepentingan agama atau perniagaan, dengan syarat mereka dijemput dan dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Walaubagaimanapun, CNN memetik kenyataan Putera Faisal bahawa Arab Saudi tidak mempunyai hubungan dengan Israel dan pemegang pasport Israel tidak boleh melawat negara itu buat masa sekarang. – Al Jazeera
KOMEN