RAMALLAH – Di kala rakyat Palestin sedang sibuk memerangi wabak COVID-19, penduduk haram Israel mengambil kesempatan menyerang mereka di Lembah Jordan yang diduduki, lapor majalah Al-Mugtama.
Penduduk haram bersenjata bertindak biadab apabila melakukan serangan besar-besaran ke atas para petani Palestin, mencuri haiwan ternakan serta merosakkan tanaman di ladang.
Petani, Mahmoud Bsharat yang telah menerima ganti rugi atas kerosakan tanaman di ladangnya berkata, penduduk haram turut bertindak biadab apabila memotong pokok, mencuri lembu, membakar ladang serta mencuri traktor milik petani Palestin.
Sementara itu, aktivis Aref Daragmeh berkata, penduduk haram Yahudi telah melakukan 45 kali serangan di Lembah Jordan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Katanya,penduduk haram turut memeras wang daripada penduduk Palestin selain memaksa untuk menjalani latihan ketenteraan, kononnya sebagai hukuman atas kerosakan tanaman mereka.
Aref berkata, kebiadaban yang dilakukan penduduk haram itu adalah salah satu usaha mereka mengusir rakyat Palestin untuk keluar dari kawasan itu, bagi meluaskan jajahan Israel.
Selain itu, Pihak Berkuasa Palestin memberi amaran bahawa Israel boleh menggunakan penyebaran wabak COVID-19 sebagai alasan untuk meneruskan rancangan jahat penjajahan mereka di Tebing Barat, seperti yang dipersetujui oleh negara sekutunya, Amerika Syarikat sebelum ini. – Al Mugtama
KOMEN