KUANTAN, 19 Mac – Kementerian Pendidikan disaran menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) yang mengemukakan saranan itu berkata, sudah tiba masanya kementerian berkenaan menggubal semula kedua-dua subjek itu agar generasi muda dilengkapi dengan nilai-nilai tersebut.
“Salah satu cabaran untuk menjadi sebuah negara maju menerusi acuan sendiri adalah dengan melahirkan modal insan yang berilmu dilengkapi dengan nilai-nilai moral dan etika.
“Pemantapan usaha itu sudah tentu perlu dilakukan melalui pemantapan sistem pendidikan negara,” kata Presiden Gagasan, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Gagasan Kali Ketujuh di Hotel Sri Manja, Indera Mahkota di sini hari ini.-www.ismaweb.net
KOMEN