KUALA TERENGGANU – Program Street Dakwah anjuran YADIM Terengganu sentiasa mendapat sambutan baik masyarakat.
Terbaharu mereka mengadakan street dakwah membersihkan Pantai Teluk Ketapang di sini pada 3 Disember.
Turut disertai seramai 31 Sukarelawan YADIM Jerantut, Pahang kesemua peserta program bergandingan membersihkan pantai tumpuan orang ramai itu bermula kira kira jam 4.30 petang.
Para pengunjung pantai turut dilibatkan dengan pendekatan cukup menarik.
Mereka bukan sahaja menerima edaran risalah, malah diberikan beg plastik bagi turut sama membersih pantai berkenaan.
Setiap beg plastik yang dikembalikan pula akan diberikan cenderamata.
Tidak sampai dua jam inisiatif ini bermula, kira kira 30 beg plastik mengandungi sampah berjaya dikutip bersama pengunjung.
Syabas YADIM Terengganu atas pendekatan street dakwah yang cukup menarik dan berkesan ini.
Semoga inisiatif seperti ini akan dapat meningkatkan kesedaran komuniti tentang pentingnya kebersihan pantai sekaligus mempromosikannya sebagai daya tarikan kepada pelancong.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin hadir sama ke program ini dan menyampaikan usrah santai kepada sukarelawan. Program ini juga ialah sebahagian pengisian aktiviti Bulan Dakwah 3.0 yang kini berlangsung.
KOMEN