Home » Langit Terbuka » Pendakwah luar lalui tapisan keselamatan

Pendakwah luar lalui tapisan keselamatan

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pendakwah agama dari luar negara perlu melalui tapisan ke­selamatan dan di­berikan tauliah sementara oleh pejabat mufti negeri sebelum dibenarkan bercera­mah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sentiasa memastikan penceramah dikenal pasti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan antara kaum dan agama lain.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, pendakwah, Dr. Zakir Naik merupakan seorang pendakwah terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia.

“Ceramah yang beliau jalankan juga langsung tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan malah setiap cera­mah beliau sering dihadiri tokoh agama bukan Islam,” kata­nya.

Beliau berkata de­mikian ketika menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Bachok) mengenai pendirian kerajaan terhadap kehadiran Dr. Zakir di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata, kerajaan akan mengambil langkah pene­rangan yang sewajar­nya terhadap pihak yang terus mempersoalkan kehadiran Dr. Zakir ke negara ini.-  https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *