KANTEBALANDOUGOU, Guinea 18 Jan. – Seorang pendakwah Arab Saudi mati ditembak selepas selesai mengerjakan solat di sini beberapa hari lalu.
Portal Saudi Gazette memetik sumber tempatan sebagai berkata, insiden tersebut menaikkan kemarahan penduduk di negara sebelah Afrika Barat itu yang majoritinya beragama Islam.
Difahamkan, pendakwah terbabit, Sheikh Abdul Muhsin Al-Tuwaijri yang dibunuh malam Selasa lalu itu merupakan salah seorang daripada individu yang bertanggungjawab merancang pembinaan beberapa masjid di Upper Guinea.
“Dia ditembak dua kali di bahagian dada semasa sedang membonceng motosikal bersama seorang penduduk kampung untuk ke keretanya,” kata satu sumber keselamatan kepada AFP.
KOMEN