Home » Langit Terbuka » Penceramah khuatir disekat masuk TV, menteri nafi ada sekatan

Penceramah khuatir disekat masuk TV, menteri nafi ada sekatan

Datuk Kazim Elias antara yang didakwa tersenarai disekat bersiaran di televisyen - Foto Flickr

PETALING JAYA – Seorang penceramah agama khuatir dia dan beberapa penceramah lain tidak dapat bersiaran di televisyen dan radio dengan kerap, sambil menunjukkan senarai penceramah yang tidak digalakkan bersiaran.

Syed Mohd Bakri Syed Ishak, bekas peserta pertandingan rancangan agama di televisyen, mendakwa sumber dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan senarai itu sebaran daripada jabatan itu.

“Belum ada makluman rasmi, cuma ianya telah dimaklum oleh pegawai-pegawai tertentu dalam Jakim,” katanya kepada FMT.

Muatnaik gambar di Facebook Syed Bakri menunjukkan Ahmad Dusuki Abdul Rani, Datuk Kazim Elias, Syamsul Amri Ismail, Abdullah Khairi, Azhar Idrus dan Zamihan Mat Zin dalam senarai itu.

Turut tersenarai individu bernama “Redzuan Tee”, dan “Amin” daripada pertandingan rancangan agama yang disertai Syed Bakri.

“Ianya amat menyedihkan dan tidaklah sama seperti yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan untuk beri hak kebebasan bersuara,” kata Syed Bakri.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Jakim.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang penceramah agama tertentu bersiaran di televisyen dan radio.

Namun begitu, Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa meminta semua penceramah mengikut 3 teras yang kerajaan mahu uar-uarkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, maqasid syariah dan modul Malaysia.

“Dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan 3 perkara ini maka kita mengalu-alukan,” katanya lapor Bernama.

“Kita bukan nak sekat sesiapa hanya kerana kita tidak suka dia tapi lebih kepada kita hendak lihat isi,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Dusuki ketika dihubungi FMT berkara dia masih bersiaran seperti biasa.

“Setakat ini masih berterusan berdakwah,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *