Home » Citra Yadim » Pencarian Felo Muda Dakwah YADIM 2017

Pencarian Felo Muda Dakwah YADIM 2017

KUALA LUMPUR 12 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa anak muda yang berjiwa hebat dan mahu memartabatkan dakwah memohon untuk menyertai program Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM bagi tahun 2017.

Program ini terbuka kepada graduan universiti tempatan atau luar negara dalam pelbagai bidang yang berumur 24-30 tahun dan melalui program ini, mereka yang terpilih akan menimba pelbagai pengalaman dan input yang sangat bermanfaat yang mampu mencorakkan jati diri seorang pendakwah muda.

Untuk memohon, sila  hantarkan resume anda ke emel mohd.khamis@yadim.com.my atau boleh terus menghubungi Sekretariat Felo Muda Dakwah YADIM, Norizati Samsudin melalui talian 014-5307270 atau 03-2274 6089/ 6090.

FMD merupakan program khas yang diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada YADIM bagi melatih dan memberi pendedahan kepada golongan belia Malaysia berumur di antara 23 hingga 30 tahun dan mula dilaksanakan pada tahun 2014.

Mereka yang terpilih sebagai FMD diberikan latihan intensif dalam pelbagai aspek kepimpinan, antaranya keilmuan, penulisan dan berhujah secara kritis dan bernas serta berpeluang menghadiri pelbagai program YADIM dan agensi-agensi kerajaan serta bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara.

Mereka yang terpilih adalah di kalangan graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, berlatar belakang akademik agama dan bekas pimpinan belia di pelbagai lapangan.

Sehingga kini sebanyak enam kumpula FMD telah dilahirkan dengan seramai 150 FMD yang terdiri daripada 88 lelaki dan 62 perempuan

Di bawah program FMD, mereka diberi modul latihan yang telah disusun yang mana meliputi tiga aspek utama iaitu sahsiah, kemahiran dan ilmu.

Tempoh latihan yang diberikan adalah selama tiga bulan termasuk latihan intensif dan lapangan dan terdapat 15 modul latihan yang telah dibentuk menjadi komprehensif.

Antara modul disediakan termasuk mind setting, perlembagaan dan patriotisme, disiplin, penempatan kampung, penempatan bersama pusat khidmat masyarakat, profesional, kepimpinan dan daie pintar.

Pada 2016, terdapat dua kumpulan FMD telah menjalani latihan iaitu Felo Muda Dakwah 5 Siri 1 2016 dan Felo Muda Dakwah 6 Siri II 2016.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *