Home » Langit Terbuka » ‘Pempengaruh kena amanah jika tidak berlaku pengkhianatan’- Mohd Na’im

‘Pempengaruh kena amanah jika tidak berlaku pengkhianatan’- Mohd Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Zakat Korporat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti untuk menetapkan garis panduan dalam memastikan tidak berlaku penyelewengan kutipan dana serta derma awam termasuk membabitkan golongan pempengaruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata garis panduan itu penting dalam memastikan amanah dipertanggungjawabkan disampaikan kepada kumpulan sasaran.

“Pesanan yang sama seperti saya sampaikan kepada warga kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), nasihat sama juga kepada kepada pempengaruh.

“Amanah sudah diberikan, maknanya apabila ada sumbangan awam yang diserahkan kepada pempengaruh supaya ia perlu diberikan kepada kumpulan sasar.

“Bila mana ada keyakinan orang awam kepada pempengaruh, kena laksana amanah, jik tidak berlaku pengkhianatan,”

katanya ketika diminta mengulas mengenai isu penyelewengan dana derma awam membabitkan pempengaruh.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Zakat Korporat 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Datuk Abdul Hakim Amir Osman.

Mohd Na’im turut mengingatkan semua warga kerja MAIWP yang terbabit dalam unit agihan zakat untuk sentiasa nilai integriti pada tahap yang tinggi.

Beliau berkata, ia kerana kesan ketirisan penyalahgunaan wang zakat akan memakan diri, justeru warga kerja terbabit perlu melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

“Sebab kalau silap dan salah guna, tak kira berapa jumlah, kecil atau besar akan ia memakan diri.

“Kalau berlaku ketirisan akan dipertanggungjawabkan. Apabila melaksanakan amanah dengan baik, lebih ramai golongan korporat akan tampil sebab sudah keyakinan zakat itu sampai kepada penerimanya,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *