KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin tidak kira di peringkat syarikat atau di peringkat kepemimpinan negara yang melibatkan diri dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memupuk sifat integriti dalam diri mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan program CSR adalah pemimpin yang mempunyai nilai murni dan pandangan peribadi yang positif.
“Ini adalah pemimpin yang dipandu oleh moral mereka dalam tindakan peribadi mereka serta usaha perniagaan mereka.
“Ini adalah pemimpin yang menjalani kehidupan seharian mereka serta perniagaan mereka dengan integriti, etika, dan menghormati satu sama lain,” katanya dalam ucapan di Anugerah CSR 2018 hari ini. – Utusan Malaysia
KOMEN