KUALA LUMPUR – Pemilik perniagaan ‘Nasi Kak Wook’ boleh mengambil tindakan undang-undang bagi penggunaan jenama dan logonya tanpa kebenaran bertulis.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkata jenama dan logo ‘Nasi Kak Wook Original Recipe The Taste Is Begin 1970’ telah didaftarkan pada 17 Oktober 2014.
Pendaftaran itu dibuat di bawah pemilikan sah penama iaitu Mastura binti Ibrahim, Che Ab Aziz bin Amat, dan Maheran binti Ibrahim yang beralamat perniagaan di Nasi Kak Wook, Lot 9 Jalan Asrama Zainab, Off Jalan Telipot Kota Bharu, Kelantan.
“Pihak MyIPO selaku pendaftar dan custodian (penjaga) harta intelek di Malaysia ingin menegaskan bahawa pendaftaran jenama dan logo ini diiktiraf undang-undang Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 1976,” kata perbadanan itu dalam kenyataan hari ini.
Menurut Seksyen 38 Akta Cap Dagangan 1976, pelanggaran cap dagangan adalah termasuk penggunaan cap dagangan yang serupa atau yang menyerupai cap dagangan berdaftar, sehingga ia mungkin menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. – Bernama
KOMEN