Home » Langit Terbuka » Pemaju diarah selesai isu lampu bentuk salib di kondo P Pinang, kata exco

Pemaju diarah selesai isu lampu bentuk salib di kondo P Pinang, kata exco

Majlis Bandaraya Pulau Pinang sudah diarah memanggil arkitek bangunan yang seolah olah memaparkan salib untuk memberi penjelasan. - Foto Feed Me Malaysia.com

GEORGE TOWN – Pemaju sebuah kondominium di Jelutong yang mencetuskan kontroversi awal tahun ini berhubung lampu berbentuk salib diarah menyelesaikan isu itu bagi mengelakkan sensitiviti agama, kata seorang exco di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini (30 April).

Gambar Grace Residence setinggi 44 tingkat berhampiran Jalan Ahmad Nor, menunjukkan lampu berbentuk salib tersebar Januari lalu.

Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo (DAP-Dato Keramat) berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah diarah memanggil arkitek terbabit untuk memberi penjelasan.

Katanya, pemaju dalam penjelasan awalnya pada 14 Januari lalu mendakwa ia hanya kebetulan dan “bukannya disengajakan”.

“Kerajaan Pulau Pinang sudah mengarahkan MBPP berbincang dengan arkitek perunding dan mengarahkan mereka mencari penyelesaian menyeluruh berhubung isu salib itu kerana ia membabitkan sensitiviti agama.

“Arkitek perunding itu dalam proses mengeluarkan cadangan kepada MBPP,” kata Jagdeep menjawab soalan Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga).

Yusni bertanya jika kerajaan negeri tahu mengenai isu kondominium di Jelutong yang memaparkan satu salib “besar dan terang” yang boleh menjejaskan sensitiviti umat Islam.

Beliau turut mempersoalkan kenapa tanda sedemikian dibenarkan dan apa tindakan kerajaan.

Pada 14 Januari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, bentuk salib itu tidak lagi kelihatan dalam gambar terbaru yang dihantar kepadanya.

Keesokannya, pemaju terbabit dilaporkan berkata, bentuk itu bukan salib, tetapi ialah perkataan Cina untuk “raja”. – FreeMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *