PELATIH Akademi Daie Muda YADIM terus dipersiapkan untuk turun padang dan menyantuni masyarakat.
Menerusi program terbaharu pada 18 Oktober, mereka menyantuni warga emas di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong dengan kerjasama penaja mereka, MyAngkasa Amanah Berhad.
Bukan sekadar menyantuni dan beramah mesra, Pengurus Pembangunan Perniagaan MyAngkasa Amanah Berhad Puan Halimah Ismail Perniagaan telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada pengasas rumah jagaan berkenaan, Puan Hajjah Muji Haji Sulaiman.
Pusat ini dihuni oleh seramai 45 orang warga emas dan 24 orang pekerja.
Hadir sama dalam proram ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Puan Salasiah Mohamed Arshad.
Semoga sumbangan kecil ini dapat menghadirkan sedikit senyuman untuk para penghuninya.
KOMEN