HULU LANGAT – Sebagai antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana banjir, daerah ini memerlukan banyak pertolongan untuk membantu penduduknya kembali bangkit.
Untuk tujuan itu,pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) telah bergandingan dengan Rakan Siswa YADIM serta rakan kerjasama, badan bukan kerajaan Serantau Muslim membantu membersihkan sebanyak empat kediaman penduduk Kampung Jawa di sini pada 22 Disember.
Secara tidak langsung, program ini memberi pendedahan kepada pelatih ADMY mengenai gerak kerja melestari gerakan dakwah di lapangan.
Program ini turut disertai fellow ADMY, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Program bermula seawal jam 8.30 pagi hingga Zohor itu membersihkan kediaman Ahli Jawatankuasa Masjid, warga emas dan keluarga salah seorang rakan Daie Muda YADIM sendiri.
Selain membantu membersihkan kediaman, YADIM turut memberi sumbangan wang tunai, barangan dapur, kit kesihatan dan barangan Halagel kepada mereka yang disantuni.
KOMEN