Home » Langit Terbuka » Pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua YADIM

Pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua YADIM

Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) dan Ustaz Haji Zolkharnain Abidin masing-masing dilantik sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berkuatkuasa 1 Disember lalu

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertuanya yang baharu

Dua tokoh pendakwah bebas, Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Ustaz Haji Zolkharnain Abidin masing-masing dilantik sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Pelantikan mereka adalah berdasarkan Klausa 7(a) Perlembagaan YADIM yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua YADIM dan Timbalan Yang Dipertua YADIM adalah di bawah keputusan Perdana Menteri.

Kedua-dua akan memegang jawatan berkenaan selama tempoh dua tahun.

Ustaz Nik Omar menggantikan Dr. Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Oktober, manakala Ustaz Zolkharnain menggantikan Ustaz Mohd Zaidi Ramli yang bertukar ke Jabatan Agama Negeri Sembilan.

Dengan pelantikan itu, Ustaz Nik Omar kini menjadi Yang Dipertua YADIM yang ke-13 sejak penubuhan badan dakwah ini pada 1974.

YADIM adalah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri Malaysia.

YADIM ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah yang pelbagai di negara ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *