KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi tahun 2022 – 2023 telah menerima watikah pelantikan mereka pada 21 Februari di sini.
Simbolik penyerahan watikah disampaikan kepada Pengerusi MPN RSY Sarawak, Muhammad Bahrin Al-Bahri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di sini.
Terdahulu, telah berlangsung induksi MPN Sarawak bersama Bahagian Kepimpinan Muda. Ia mendapat sentuhan langsung daripada Pengarah Bahagian KEMUDA, Encik Sharizal Mat dan Ustaz Mohd Khamis Mohamad Sani yang berlansung di Dewan Syarahan pejabat YADIM Negeri Sarawak.
Semoga program sebegini dapat diteruskan bagi memgahasilkan impak yang positif kepada mahasiswa dan mahasiswi di bumi kenyalang.
Tahniah juga diucapkan kepada MPN RSY yang baharu, semoga kalian dapat berkhidmat dengan cemerlang.
KOMEN