Home » Langit Terbuka » Pelajar lega UniMap izin jaga adik hidap barah

Pelajar lega UniMap izin jaga adik hidap barah

TIMBALAN Naib Canselor UniMap, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan derma kepada penghidap barah, Muhammad Ikhwan Shah Zakaria di Taman Iskandar Bestari, Seri Iskandar dekat Parit hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

PARIT 25 Feb. – Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMap) Muhammad Iqbal Shah Zakaria, 29, bersyukur dan lega apabila UniMaps meluluskan permohonannya untuk 
penangguhan pengajian bagi menjaga adiknya yang menghidap barah kelenjar tahap empat.

Menurutnya, berita itu dimaklumkan secara terus kepadanya semalam setelah pihak UniMaps membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Katanya, perkhabaran yang sememangnya dinanti-nantikannya itu membolehkan dia menjaga adiknya, Muhammad Ikhwan Shah, 28, di Taman Iskandar Bestari, Seri Iskandar dekat sini.

“Saya lega dengan keputusan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan yang meluluskan permohonan saya menangguhkan pelajaran.

“Ini memudahkan saya untuk menjaga adik saya dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Fo’ad meluangkan masa menziarahi Muhammad Iqbal Shah adiknya di Taman Iskandar Bestari, Seri Iskandar dekat sini hari ini selain menyampaikan sumbangan derma daripada pelbagai pihak yang berjumlah kira-kira RM8,000. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *