Home » Langit Terbuka » Pelajar harumkan nama Malaysia di Oxford

Pelajar harumkan nama Malaysia di Oxford

Kejayaan Muhammad Syazani Jemy di Oxford diharap memberi inspirasi kepada ramai - BH

 

Kuala Lumpur –  Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Syazani Jemy, mengharumkan nama negara atas kecemerlangannya menjadi imam solat sunat tarawih di Universiti Oxford, London, sepanjang Ramadan lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, lebih membanggakan Muhammad Syazani turut mengimamkan solat sunat Aidilfitri tahun ini serta menjadi pembimbing Program Qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan di Masjid Pusat Islam universiti itu.

Katanya, kecemerlangan dan kredibiliti penuntut tahun pertama UIAM itu amat membanggakan hingga mendapat pujian ramai di Oxford.

“Sesungguhnya kecemerlangan Muhammad Syazani dalam melaksanakan tugasnya turut membanggakan JAKIM sebagai pihak yang memberi anak muda ini peluang mengasah dan menguji keupayaannya dalam hafazan al-Quran.

“Beliau sebelum ini pernah mendapat tempat pertama dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada 2017 dan tempat kedua dalam MTHQ antarabangsa tahun yang sama.

“Malah, kita juga memberi peluang kepada beliau untuk mewakili Malaysia dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa seperti di Bahrain, Arab Saudi, Lubnan, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait,” katanya hari ini.

Mohamad Nordin berkata, penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Afifi Al Akiti merangkap Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak, bermula 12 Mei hingga semalam. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *