Home » Langit Terbuka » Pelajar cemerlang SPM 2017 ziarah pusara ayah kongsi kegembiraan

Pelajar cemerlang SPM 2017 ziarah pusara ayah kongsi kegembiraan

Muhammad Syauqellah (kanan) bersama ibu dan abangnya, Shairul Aiman menziarahi pusara ayahnya sebaik menerima keputusan SPM. - foto - Kosmo

KUALA TERENGGANU – Tiada yang lebih mengharukan hati Muhammad Syauqellah Razali selain dapat menunaikan janji terhadap ayahnya untuk cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Oleh sebab itu, sebaik menerima transkrip SPM yang menunjukkannya memperolehi 11A+, destinasi pertama pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik (SHAMS) di sini ialah menziarah pusara ayahnya, Razali Ibrahim di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Nasek di sini.

“Ayah telah meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu ketika saya berada dalam tingkatan empat dan kehilangannya amat memberi kesan besar terhadap hidup saya.

“Saya telah berjanji untuk cemerlang dalam pelajaran dan ziarah kubur ayah sebaik keputusan SPM diumumkan untuk ‘berkongsi kegembiraan’ dengannya,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi pusara ayahnya di sini hari ini. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *