Home » Langit Terbuka » Pelaburan Malaysia cipta 30,000 pekerjaan di UK – PM UK

Pelaburan Malaysia cipta 30,000 pekerjaan di UK – PM UK

Anwar dan Stamer bertemu di 10, Downing Street di London. - Foto ihsan X UK Prime Minister

KUALA LUMPUR: Pelaburan daripada perniagaan Malaysia dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan di United Kingdom (UK), kata Perdana Menteri UK, Keir Starmer.

Starmer yang memegang jawatan itu pada Julai tahun lalu, berkata usaha mengembangkan ekonomi negara adalah bahagian penting dalam rangka kerja Rancangan Perubahan kerajaannya.

“Hari ini, saya bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, untuk membincangkan pelaburan baharu daripada perniagaan Malaysia ke UK yang akan mewujudkan 30,000 pekerjaan dan membina rumah baharu,” katanya dalam catatan ringkas di X Keir Starmer.

Anwar bertemu Starmer di 10, Downing Street di London, pejabat perdana menteri UK.

Anwar berada di UK untuk lawatan kerja lima hari, lawatan pertamanya ke sana sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

Sementara itu, dalam kenyataan di X Perdana Menteri UK, hubungan antara kedua-dua negara itu disifatkan sebagai rapat dan bersejarah.

“Daripada pelaburan kepada perdagangan dan pendidikan – hubungan UK dengan Malaysia lebih kukuh berbanding sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

Anwar mengalu-alukan gencatan senjata di Gaza

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata di Gaza bermula Ahad ini. Anwar dalam satu kenyataan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *