NILAI – Seramai 20 pekerja pembersihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam satu acara ringkas pada 26 Jun.
Mereka terdiri daripada golongan B40 di universiti berkenaan yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada wakil USIM, Haslinda Haja Maidin di sini.
Hadir sama ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris, wakil Majlis Perwakilan Pelajar USIM dan ketua komuniti kawasan.
KOMEN