KUALA LUMPUR – Bekas pekerja kedai serbaneka hari ini (13 Jun) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad S.A.W Januari lalu.
Danny Antoni, 28, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut menukar pengakuan pada sebutan kes tersebut di hadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Julai ini untuk jatuh hukum.
Berdasarkan pertuduhan, Danny didakwa menggunakan laman profil ‘Danny A’antonio Jr’, memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad dan agama Islam yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam pada pukul 1.21 pagi, 9 Januari lalu.
Hantaran itu kemudiannya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pukul 10 pagi, 4 Mac lalu.
Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun. – Utusan Malaysia
KOMEN