YANGON, 31 Januari – Seorang peguam Islam terkemuka yang juga ahli parti pemerintah Myanmar telah ditembak mati di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, kata pegawai.
Ko Ni ditembak mati ketika sedang masuk ke dalam teksi di luar balai ketibaan sekitar jam 5 petang waktu tempatan oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali, yang turut membunuh pemandu teksi tersebut.
Jurucakap di pejabat presiden, Zaw Htay berkata, Ko Ni baru sahaja pulang dari lawatan delegasi kerajaan ke Indonesia.
Polis menahan seorang lelaki bersenjata tetapi motif pembunuhannya masih tidak diketahui.
“Kami telah menahan dan menyoal lelaki bersenjata itu untuk mengetahui mengapa dia membunuh Ko Ni, dan siapa dalang di belakang atau yang membayar untuk melakukannya,” Zaw Htay kepada Reuters.
Seorang pegawai polis memberitahu Reuters, suspek adalah warga Myanmar berusia 53 tahun dari bandar tengah Mandalay.
Pembunuhan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di antara konflik yang sedang melanda majoriti Buddha Myanmar dan etnik Rohingya yang beragama Islam – Agensi
KOMEN