GENEVA 9 Mac – Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa supaya penindasan yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk pendakwaan.
Ketuanya, Zeid Ra’ad al-Hussein turut menggesa supaya kerajaan Myanmar membenarkan kerja-kerja pemantauan dilakukan di utara negeri Rakhine bagi menyiasat dakwaan berhubung tentera negara itu melakun penghapusan etnik terhadap Rohingya.
“Kami mendapati mungkin benar penghapusan etnik dilakukan di Rakhine, namun hanya mahkamah yang boleh tentukan sama ada perkara itu berlaku atau sebaliknya,” katanya. – REUTERS
KOMEN