Home » Langit Terbuka » Parlimen 2018: Buktikan Hutang Negara 1980-1990 Lebih Tinggi – Perdana Menteri

Parlimen 2018: Buktikan Hutang Negara 1980-1990 Lebih Tinggi – Perdana Menteri

"Jika Ahli yang Berhormat semak laporan tahunan, didapati hutang tidak lebih daripada RM300 bilion iaitu 27 peratus daripada keluaran dalam negara kasar masa dahulu," kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan meminta pihak pembangkang mengetengahkan bukti bertulis bahawa hutang negara dahulu (1980-1990) lebih banyak daripada sekarang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu menyebut beberapa angka berkaitan hutang negara dengan Jepun antara tahun 80-an dan 90-an.

“Jika Ahli yang Berhormat semak laporan tahunan, didapati hutang tidak lebih daripada RM300 bilion iaitu 27 peratus daripada keluaran dalam negara kasar masa dahulu,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata angka dalam laporan tahunan 1980-1990-an merupakan angka sebenar.

“Kalau Ahli yang Berhormat dapat tunjuk angka yg berlainan, saya amat berterima kasih kerana ia bermakna saya tidak betul.

“Tetapi, saya ada di situ (kerajaan) selama 22 tahun, sedikit sebanyak tahulah angka-angka pertumbuhan, kewangan serta hutang,” katanya.

Ketika itu, Dr Mahathir berkata negara tidak pernah behutang RM42 bilion dalam satu masa, dan tidak pernah ada hutang lebih RM1 trilion.

Beliau berkata jika ada bukti, ketengahkan, selain menegaskan bahawa negara kurang mendengar perkataan trilion tetapi sekarang hutang negara lebih RM1 trilion.

“Saya tidak tahulah, kalau RM1 trilion itu kurang daripada RM300 bilion (hutang negara ketika itu),” katanya. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1482703

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *