Home » Langit Terbuka » Pandangan peribadi tidak mewakili pendirian kerajaan

Pandangan peribadi tidak mewakili pendirian kerajaan

KUALA LUMPUR – Pandangan peribadi mana-mana individu sebelum dilantik memegang sebarang portfolio dalam Kabinet sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, atas sebab itu, kerajaan PH tidak sepatutnya dibebani dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana, Senator P. Waytha Moorthy, 10 tahun lalu.

“Ucapan beliau itu beberapa tahun lalu, tidak mewakili pandangan kerajaan hari ini. Sekarang beliau berada dalam kerajaan, jadi sama seperti menteri-menteri lain adalah memperjuangkan dasar-dasar yang ditetapkan.

“Apa sahaja pendirian sama ada seorang itu nyatakan sebelum ini atau selepas ini, kami tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mujahid diminta mengulas mengenai gesaan pelbagai pihak supaya Waytha Moorthy meletak jawatan berikutan video lama beliau yang tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Sementara itu, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, keputusan sama ada patut atau tidak Waytha Moorthy meletak jawatan adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Saya tiada kuasa untuk kata beliau layak atau tidak, begitu juga gesaan minta maaf, sebab ucapan itu beberapa tahun lalu yang mewakili pandangan peribadinya,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *