Home » Citra Yadim » Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim

Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim

SAHABAT Bukan Muslim terus disantuni YADIM Negeri Pulau Pinang.
Terbaharu YADIM Pulau Pinang dan Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama bagi menjayakan Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim.
Inisiatif yang berlangsung di KOMTAR Pulau Pinang pada 30 September telah menerima sambutan seramai lebih 40 peserta, khususnya daripada kalangan badan bukan kerajaan (NGO).
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam pameran ini ialah biodata Nabi Muhammad SAW dan praktikal tudung Muslimah kepada peserta bukan Muslim.
Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Rosidi Hussain.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Zuhri Husain, pegawai YADIM serta pimpinan agensi agama negeri dan NGO di Pulau Pinang . Tidak ketinggalan orang awam yang turut memeriahkan pameran ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *