JERUSALEM, 28 Sept. – Polis Antarabangsa (Interpol) meluluskan permohonan Negara Palestin menjadi anggota pertubuhan itu, walaupun rejim Zionis Israel menolak dan berusaha melengah-lengahkan proses pengundian.
Pada Persidangan Agung Interpol di Beijing semalam, lebih dua pertiga anggotanya mengundi menyokong kemasukan Palestin. Interpol kini mempunyai 192 keanggotaan.
Palestin mengemukakan permohonan menyertai Interpol tahu lalu ketika persidangan di Indonesia, tetapi digagalkan oleh kempen diplomatik rejim Israel.
Pada persidangan semalam, rejim Tel Aviv berusaha melengahkan pengundian sehingga tahun depan, manakala Perdana Menteri , Benjamin Netanyahu dalam kenyataannya berkata, kemasukan Palestin dalam Interpol melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan Israel.
Israel berhujah bahawa Palestin bukan sebuah negara dan kerana itu tidak layak menganggotai Interpol.
“Kemenangan ini disebabkan polisi yang diambil oleh majoriti anggota Interpol,” kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, ketika mengulas kemasukan itu. – Agensi
Fahami istito’ah, tidak berdosa jika tiada kemampuan pergi haji – Mufti Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji dinasihatkan untuk memahami konsep istito’ah iaitu mempunyai kemampuan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Mufti Pulau Pinang, Prof
KOMEN