Home » Langit Terbuka » Palestin berang AS pindah kedutaan awal

Palestin berang AS pindah kedutaan awal

Tindakan Amerika Syarikat mengumumkan untuk memindah kedutaannya ke Baitulmaqdis telah menimbulkan kemarahan kepada umat Islam. (gambar fail)

RAMALLAH – Rakyat Palestin berang apabila mengetahui bahawa Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam beberapa bulan lagi.

Palestin menegaskan, bahagian timur bandar itu adalah ibu kota negara yang akan datang, dan langkah Trump itu juga menimbulkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab di rantau ini.

“Langkah ini tidak dapat diterima, dan sebarang langkah unilateral tidak akan memberi legitimasi kepada sesiapa dan akan menjadi penghalang kepada usaha untuk mewujudkan keamanan di rantau ini,” kata Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Terdahulu, Abbas telah menolak usaha perdamaian Timur Tengah yang dipimpin AS dan menyifatkannya sebagai mustahil sejak keputusan Presidennya, Donald Trump pada 6 Disember untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan Kedutaan AS di sana.

Abu Rdainah berkata, satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan, kedamaian dan kestabilan adalah dengan mengikur cadangan Abbas – yang digariskan dalam ucapannya pada 20 Februari di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York – bahawa harus ada persidangan antarabangsa untuk memulakan permulaan proses perdamaian yang terhenti dengan Israel, termasuk mekanisme pelbagai hala untuk mengawasinya.

Di Gaza, seorang pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata, memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis adalah perisytiharan perang terhadap negara Arab dan Islam, dan pentadbiran AS mesti menimbang kembali tindakannya.

Pertengkaran meletus di Gaza dan Tebing Barat pada awal Jumaat, dalam protes mingguan terhadap pendirian Trump di Baitulmaqdis.

Jurucakap kementerian kesihatan Gaza berkata, 25 rakyat Palestin cedera akibat ditembak tentera Israel semasa pertempuran di sepanjang pagar di Gaza. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *